Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Komuniti HPA Hutan Melintang

SELAMAT DATANG

Alhamdulillah, ketika mengarang penulisan ini usaha sedang giat dijalankan. Menceburi satu perniagaan yang mana produknya adalah halal serta toyyibah.

Jadi dapat dirasai bahwa pilihan yang tepat telah pun dibuat. Bermula sebagai pengguna dan akhirnya terjun kedalam bidang perniagaannya untuk menuju ke satu matlamat... iaitu " produk halal tanggungjawab bersama"...

Dengan sokongan padu dari keluarga, saudara mara, rakan taulan dan khususnya dari warga kaum muslimin dan muslimat sekelian....

Semoga segala usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

-Najah (Pengurus Stokis)-


“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
(Pengarah Urusan HPA Sdn. Bhd)


RADIX BOLEH !!!! INSYALLAH....

Tuesday, March 16, 2010

"KILLER PRODUK" di Premis Kami

Sesuatu yang tidak dijangka, menjadi killer produk di premis kami....

















ini lah produk yang dimaksudkan....

Air minuman HPA (air mineral) label merah dan label biru.

Produk yang sering sold out macam goreng pisang panas.....

Apa kelebihannya...

Label Merah:

Air Mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:
  1. Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh
  2. Meningkatkan stamina tubuh
  3. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
  4. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
  5. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
  6. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
  7. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
  8. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS:294ml/l) dan pH 7.9
“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam”

Label Biru
:

Air Minuman Beralkali HPA (label berwarna biru) - nilai pH yang lebih tinggi iaitu 9.8

Artikel Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Air Minuman Berlabel Biru.

Air Mineral berlabel biru

“Jika rezeki itu di bumi keluarkan Ya Allah” Itulah sebahagian doa warga kerja HPA dipagi-pagi hari selepas solat Dhuha. Allah yang Maha kaya telah mengurniakan pada kita sebuah telaga air mineral di Pokok Sena Kedah dan kini telah telah mula diedarkan dipasaran menggunakan label berwarna biru.

Terdapat 2 jenis air mineral yang berada dipasaran namun bagitu air mineral(biru) mengandungi kadar alkali yang tinggi iaitu pH9 sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan. Kita juga berharap masalah bekalan air mineral akan mencukupi di semua cawangan HPA terutama bagi negeri-negeri pantai barat.


Apa yang lebih penting disini ialah, air minumanini adalah produk yang dihasilkan oleh umat islam, yang tiada keraguan dalam proses penyediaannya dan kita seharusnya bangga dengan pencapaian ini yang mana kita mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang berlainan agama dengan kita...

Seperti biasa... marilah kita berubah.....pilihan di tangan kita....


No comments:

Post a Comment